jom terokai pulau lagenda - Pulau Langkawi





 
Salam.. harap semua sentiasa ceria2 selalu..ok, buat pertama kali ni saya nak ajak semua menjelajah di Pulau Langkawi ataupun dikenali sebagai Langkawi Permata Kedah.. Alamklumlah kan, kampung halaman saya sendiri pulak..memang tak sabar-sabarlah nak ajak korang kenali dan terokai pulau lagenda ni..ala-ala travel agen lah pulak kan?hehe..yang pastinya enjoy..
Pulau Langkawi merupakan sebuah destinasi pelancongan yang amat terkenal di mata dunia. Tarikan yang amat menarik ialah pantainya yang memutih memukau hati pengunjung yang datang . Selain itu, tempat ini juga sesuai bagi yang gemarkan cabaran dan aktiviti luar seperti snorkeling, aktiviti sukan air yang ekstrem dan banyak lagi.
Sebelum itu, jom kita selidik sedikit asal usul nama pulau ni. Langkawi merupakan gabungan "lang" iaitu burung helang dan "kawi" bermaksud sejenis batu hitam. Alkisahnya, burung-burung helang itu selalunya akan hinggap pada batu kawi yang terdapat di sekitar pulau ini. Maka, terjadilah nama Langkawi.
Bukan itu sahaja, pulau ini juga di isytiharkan sebagai Langkawi Geopark bagi menggambarkan keunikan taman geologi dunia di keseluruhan pulau ini. bagi pelancong yang mencintai alam semulajadi dan geologi pastinya kagum dengan geopark yang terdapat di Langkawi. Langkawi diiktiraf sebagai geopark ke-49 di dunia dan pertama di Asia Tenggara oleh UNESCO.
Antara kawasan yg tersenarai sbg GEOPARK.

Tambahan pula Langkawi mempunyai 99 buah pulau yang romantik dan diselubungi pelbagai misteri legenda . Antara legenda yang terdapat di pulau ini seperti Mahsuri, Gunung Mat Chincang, Pulau Dayang Bunting, Pulau Singa dan banyak lagi. Kesemua tempat ini tersimpan kisah-kisahnya yang tersendiri.

Tempat legenda di Langkawi : Cable Car (Gunung Mat Chincang), Tasik Dayang Bunting dan mcm2 lagi. 
Antara tempat-tempat menarik yang mesti di kunjungi di sini ialah di Pantai Chenang, Langkawi Cable Car, Pulau Dayang Bunting, Makam Mahsuri, Underwater World dan Kilim Geoforest. Bagi yang berpeluang menjejakkan kaki di sini, jangan lepaskan peluang jelajah di tempat ini. Memang menarik !!
Pulau Langkawi juga merupakan syurga membeli belah kerana ia merupakan pulau bebas cukai. Jadi, bagi yang sukakan shoping memang di alu-alukan datang ke sini. Ole-ole yang mesti dibawa balik bersama dari pulau ni iaitu minyak gamat. Langkawi memang kaya dengan pembuatan minyak gamat asli. Ini dah menjadi trend bagi pengunjung yang datang ke sini. Bukan itu sahaja, barang perkakas dapur seperti pinggan mangkuk pun dah menjadi kewajipan bagi mereka untuk dibawa pulang. Pulau bebas cukai kan..rugi kalau tak rebut semua peluang ni..
Lokasi-lokasi yang disenaraikan merupakan lokasi terbaik yang memiliki keistimewaan masing-masing. Cukup sampai di sini. Diharapkan semoga anda semua terhibur dengan sedikit perkongsian mengenai percutian di Langkawi..jumpa lagi..










Comments

Popular Posts