Merungkai Khazanah Indera Kayangan

Hijau, Keindahan Di Perlis

inilah ladang tebu yg menghijau tu...sedap mata memandang.

Jom kita jejak kat ladang tebu di chuping pulak. Ladang tebu ni merupakan ladang tebu yg terbesar di Malaysia. Keluasannya mencecah 8,062 hektar. Memang btl2 luas. Kawasan ni jgk pernah direkodkan sbg kawasan yg t’panas di Malaysia dgn suhu 40.1 darjah selsius pada 9 April 1998. Ni pengetahuan baru bagi sapa2 yg tak pernah tau. Wow..sapa yg pi time tu mmg confom2 hangeet la derr..huhh


Ladang Anggur Di Perlis??

Selamat datang ke Taman Anggur Perlis

Mesti ramai yg tak perasan bhwa ada ladang anggur di Perlis kn..ari tu masa kitaorg pi sana pun mula2 tak perasan sign board ladang ni..mcm t'sembunyi ckt. sampai U turn pulak nak pi sana..dah tu, jom kita tinjau kat situ sat. Perlis ni merupakan antara negeri yg mengusahakan tanaman anggur bermula dari tahun 1987 lagi. dah lama pun.. Ladang ni merupakan kebanggaan bagi penduduk negeri perlis. Antara anggur yg terdapat di sini termasuklah New White Malaga, IAC, Black Opal, Green Loos Perlette, Black Queen dan Kyoho. Bagi sapa2 yg pi perlis lepas ni bleh la pi singgah situ. Anggur kat sini sangat rangup dan dijual pada harga yg berpatutan. Boleh la beli ole2 ni bagi kat saudara @ kengkawan.

Jom Pi Pekena Laksa 

Perlis mmg terkenal ngan laksa. Pengunjung yg b'tandang ke Perlis mesti akan cari laksa coz kat sana laksanya mmg sedap..kaww teem..pekat,pedas,berasap,sumenya lengkap lah..laksa yg famous kat sana Laksa Kak Su di Kuala Perlis. sapa2 yg pi sana jgn lepaskan peluang utk nikmati laksa yg sgt sodap ni..puas hati pekena laksa kat situ...slamat mencari & mencuba ='))


Membali Belah Di Sempadan Thailand

Wang kelian merupakan salah satu destinasi membeli-belah yg menawarkan pelbagai jenis barangan yg terdiri drpd kraftangan, brg2 dapur, pakaian, makanan dan macam2 lagi. Singgah di sini mmg dah jadi kewajipan bagi yg pergi ke Perlis atau Kedah. Kat sana bukan saja banyak barang, tapi harganya yg paling best. Murah sgt2.

Makanan kat sana pun best2. boleh la try. kebanyakannya masakan ala2 thai. almaklumlah mmg dah kawasan depa..hehe..menyempat je diorang ni makan2 di situ..mentang2 lah tak payah pakai passport pi sana.


rehat sebentar..basahkan tekak yg kering tu..heheh

Walaupun Wang Kelian terletak kat sempadan Malaysia-Thailand, pelawat2 dari kedua2 negara ni boleh berkunjung ke sini tanpa sebarang dokumen perjalanan. Tapi syaratnya mesti jarak perjalanan tidak melebihi 1km dari kawasan pasar di antara kedua2 negara. Sapa2 yg singgah kat sini ingat2 ea. Kang tak pasal2 jadi org thai..hehe

Percutian di Perlis sedikit sebanyak mewujudkan satu rasa kecintaan terhadap produk2 pelancongan tempatan. Memang berbaloi kalau sempat singgah semua tempat kan?? rasa penat tu tolak je ke tepi...yg pastinya ENJOY OUR JOURNEY.. 


Comments

Popular Posts