menjejak kehidupan orang asli Kg.Meranti

kembara kem khidmat dakwah yg di anjurkan FKP, USIM ke kg orang asli di Kg.Meranti, pekan telah memberi peluang kpd diriku mendalami sendiri realiti kehidupan masyarakat orang asli. Aku berasa sgt teruja dan begitu kagum dengan kembara kali ni krn ia merupakan pengalaman yg sgt berharga dlm hidup dan peluang ni jarang2 kita boleh dapat. memang bertuah bagi sapa yg dapat g sana.

kami berkampung di sana selama 6hari 5malam start dari 7-12 April. memang agak lama kan?? sblum2 ni klau g kem abis lama pn 3-4hari je..asalnya memang agak berat nk join coz nak balik kampung halaman..tup2 ada program..kena pulak kem ni time mid-sem break..tp demi nk tau mcm mana kehidupan org asli 2 yg membuatkan aku trut serta dlm program ni..memang tak rugi lah aku join ni..untung2

antara wajah anak2 orang asli..sangat gembira dgn kunjungan kami ke sana. PEACE !


perjalanan ke Kg.Meranti dari Nilai je amik masa selama 6jam..memang jauh..dah macam nak balik kg dari selatan ke utara je. huhhh, walaupun jauh layanz je coz excited sgt nak masuk kg org asli. first time katakan..heheh.

ketibaan kami di sana disambut meriah oleh penduduk kampung. mereka menyediakan surau dan balai raya  buat kami semua sbgai tempat utk menginap. walaupun kemudahan di kg mereka tak seberapa lengkap spt di tempat kita, mereka tetap berusaha sedaya upaya utk memberi keselesaan kpd kami selama berkampung di sana.

pada hari pertama, kami masing2 diserahkan kpd keluarga angkat. aku dapat sepasang keluarga angkat yg begitu muda..mula2 mmg xbleh nak agk brpa umur diaorang.. tapi bila tny umur dia maunya terkezut..huhu..mak angkat aku umur dia baru 23 thn..tua setahun j kot dari ak..heheh.mcm xpcya j..pak angkat pulak nseb baik la dah umur 30thn. ni lah gambar diaorang..

Inilah keluarga angkatku..Suhana A/P Gombet, 23, Karim A/L Sinwak, 30, Ayie, 5, Abi, 2.

selepas dah angkat-mengangkat, kami dibawa jalan2 @ terokai sekitar  kampung Meranti ni. memang best lah klau dapat jalan2. kena plk kampung ni kan agak pedalaman, memang nyaman & tenteram lah sebab alam semulajadi di situ masih terpelihara..green zone katakan..tak lah mcm di tgh bndar..

rumah2 di sana juga sgt cute. macam muat2 je utk ahli keluarga diaorang. masyarakat org asli ni masih kekalkan binaan rumah iaitu rumah kayu. ada lagi rumah yg pakai atap daun nipah. memang best lah kalau tinggal dalam rumah yg macam ni. sejuk je..antaranya mcm gmbar di bawah ni..

Inilah salah satu rumah yg terdapat di Kg.Meranti dan juga merangkap rumah family angkatku.


perkara yg paling menakutkan kami sepanjang berkampung di sana iaitu anjing. especially bagi gegirls lah. banyak giler anjing. aku tak pernah tgok anjing sebanyak tu..huhhh. bagi org asli anjing itu dah ibarat kucing. slumber badak je budak2 kat situ pegang2, peluk2 & kejar2 b'sama anjing2.,menyeramkan je..huhhuu

pastu benda baru yang aku dapat belajar masa dok sana ialah menganyam. macam2 org sna ajar kat geng2 USIM. contohnya anyam bakul, tikar, accesories yg msyrkat org asli pakai di kepala tu dan banyak lagi lah. ole2 yg aku dapat bwk balik iaitu bakul kecil buatan sendiri. benda ni mmg sgt berharga bagi aku coz nak siapkannya, memang agak sukar lah. hanya yg belajar je tau cne nak buat bendalah tu..mau belit2 kepala otak ni..benda baru mmg camtu kan..hehhe

ni lah wajah2 yg tgh gigih belajar menganyam..hehhe


sebenarnya banyak benda yg nak diceritakan, tapi ckup2 lah smpai di sini saja..hehhe..bagi yg nak experience yg agak unik, boleh la g melawat sendiri di perkampungan orang asli ni. memang sgt teruja..besh2..jom layanzz kejap tengok  video kitaorg masa b'kampung di sana..BEST2 


                                  










Comments

Popular Posts