Macam-Macam Ada Di Pulau Pinang



pulau PINANG merupakan satu destinasi pelancongan yg terulung di Malaysia. Ia juga telah di isytiharkan sbg ‘World Heritage Site’ oleh UNESCO. Ia bukan saja popular di Malaysia, malah famous di seluruh negara. Tak heran lah kalau pulau mutiara ni dipenuhi dgn pelancong setiap masa.

Terdapat banyak tempat menarik yg mesti di lawati oleh setiap pengunjung yg b’tandang ke pulau ni. Bukan itu saja, penang juga kaya dgn pelbagai jenis makanan yg enak2 belaka spt jeruk2, nasi kandaq & byk lagi lah..sebab tu yg kita habaq macam-macam ada kat pulau ni. Jom kita pakat2 pi sana :

Bukit Bendera

dari pandangan atas..agak curam,huhhh

B.B  merupakan stesen keretapi di kawasan bukit yg pertama di Malaysia. Ia terletak pada ketinggian 380 meter di atas paras laut. Kita boleh naik ke puncak samada merentas kawasan hutan secara berkumpulan ataupun menggunakan stesen pelancong yg sedia ada.

Bagi pelancong yg mahu tinggal lebih lama di puncak bukit dan nak nikmati pemandangan Pulau Pinang dari atas, boleh la menginap di banglo @ hotel yg disediakan.

Bayaran masuk yg dikenakan hanyalah RM4.00 utk dewasa dan RM 2.00 utk kanak-kanak.


Jambatan Pulau Pinang



Jambatan ni bukan saja sbg lokasi utk melawat, tapi keunggulan seni binanya dah menjadi tarikan geng2 photographer. Memang cantek kalau shot time senja atau di awal pagi. Betul2 memukau. Jambatan yg sepanjang 13.5km ni sejak dulu lagi mendapat tumpuan photographer.


Masjid Terapung Di Tanjung Bunga



Masjid ni terletak di tepi pantai menghala ke batu feringghi, seni bina masjid ni sangat unik kerana ia menggabungkan rekaan tempatan dan timur tengah. Memang betul2 gah masjid ni. Nak tau??perbalanjaan utk siapkan masjid ni menelan belanja kira2 15 juta. Memang terpesona lah bagi sapa yg dah sampai di situ.
“Mutiara Timur” merupakan nama timang-timangan buat amsjid ni. Nak tau kenapa?? Orang panggil nama tu sbb bentuk masjid ni nak macam dengan sebutir mutiara. Ada je pengunjung yg tak nak balik bila dah masuk masjid ni.emm, macam2 lah perangai org


Taman Rama-Rama Pulau Pinang



Wow..taman ni diiktiraf sbg Santuari Rama-Rama dan Serangga Tropikal pertama di dunia. Ribuan rama2 yg terdiri drpd 50 spesis berterbangan di sekitar taman ni. memang menakjubkan buat semua pengunjung yg datang. kalau di luar, susah kita nak jumpa dgn rama. kalau jumpa pun jarang2 sekali. 

Taman rama2 ni dilengkapi tempat penetasan rama2, makmal, ruang pameran dan kedai cenderamata. memang PERFECT lah. Bayaran masuk plk hanyalah RM 5.00 bg dewasa dan RM 2.00 utk kanak-kanak. 


Comments

Popular Posts