Jom Hayati Keindahan Bukit Broga
Salam kawan2
semua..apa kata hujung minggu ni jom kita regang sikit otot2 yg dah agak tegang tu. Ingat !! Study2
gak, tp badan dan kepala otak tu kena
rehat gak. Kali ni jom kita pi release tension dan buat aktiviti riadah sikit
di Bukit Broga tu.
Broga
atau Beroga ni merupakan sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan
negeri Selangor dan Negeri Sembilan. So, sapa2 yg berada berdekatan dgn bukit
ni, jgn lepaskan peluang ke sana. Rugi giler la sapa yg tak ambik peluang ni. Orang
yg dok jauh pun gigih nak ke sana. Apatah lagi bagi org yg dok dekat2
situ..ntah hari-hari nak breakfast di atas bukit tu kot..hehhe
pemandangan sekitar bukit broga yg boleh dilihat dari atas bukit |
Bukit broga
ni memang popular dari dulu lagi. Selalu ja aku tengok ada pamphlet @ notice pasal ekspedisi
mendaki Bukit Broga. Huhhh..tak tahan, aku ni kan suka sangat2 aktiviti yg
macam ni..hati pun dah rasa t’buak-buak sangat nak ke sana.huhu..dan akhirnya…pada
7 April 2012, berjaya jugak aku jejak kaki di Bukit Broga. Besh3
Bila dah sampai situ, memang puas hati sesangat la..hermm..memang patut pun bukit ni femes sebab bukit ni bukan sebarang bukit. Subhanallah..betapa cantiknya ciptaan Allah ni..tenang sangat dok di situ..Tak pecaya? Ce tengok sendiri gambar ni.
MEMUKAU...inilah persekitaran Bukit Broga |
Oleh sebab terlampau excited nak ke sana, kami pi situ awal pagi lagi..bukan main g, kluar dari rumah pukul 5 pagi..macam tak caya je..bukan senang nak bangun awal2 macam tu..huhu.t'haruu...kluar dari rumah memang la awal, tapi start daki bukit broga ni lepas solat subuh..tunaikan apa yg wajib dlu..baru senang hati...betul tak??heheh
Bila sampai di kaki bukit, tengok2 ramai giler org yg datang...dah macam ada perhimpunan pape je...rupa2nya sume tu pi daki bukit...heran gak tengok diaorg..tp majority sumenya suka gi situ awal2 pagi coz diaorg nak tengok suasana matahari terbit..memang cantek lah tengok pemandangan ni dari atas bukit...
Haa..bagi sapa2
yg nak pi atau baru plan nak ke bukit broga, jalan ka,melompat ka, whatever
lah, jangan sampai tergelincir suda. Jaga-jaga…keselamatan tetap kena jaga. Laluan
di situ agak licin especially bila nak naik ke puncak. Aku mula2 takut gak nak
naik sampai atas. Nampak curam len macam je..Nasib baik ada keberanian time
tu..walaupun agak terketar-ketar lutut aku masa panjat puncaknya, akhirnya
berjaya jugak aku sampai di puncak Broga.fuhhh
berjaya jugak sampai di puncak...best2 |
menggigil ckyn..betapa curamnya bila nak turun |
otw turun dari bukit broga..Inilah kumpulan pendakian kami.. |
Terima
kasih bebanyak la kpd kengkawan yg ajak aku ke situ especially to my roomate “ckyn”. Memang BEST & SANTAI pendakian ni. rasa macam nak pi lagi je. Bagi yg belum sampai, moh kita pi ramai-ramai ke BUKIT BROGA...
wow!! amboi..gigih dio.. hehehe.. 2taun da teringin nak pegi, xsampai2 agy.. sedih x sedih.. pedih...uhuk
ReplyDeleteemm,msti la..kita kna gigih ckit dlm bab2 ni..ehee
ReplyDeleteok..lps ni kita g daki sma2 ea..lek2 lu..huhu
memang best broga. lain kali kalau aada program di semenyih, broga dan sekitar silalah menginap di Aznur Homestay@Pelangi Semenyih. Taip Aznur Homestay Semenyih di google, keluarlah. Atau pun wasap 017 6371728
ReplyDeletehttp://www.blogigo.co.uk/AZNUR_HOMESTAY