Jom Hayati Keindahan Bukit Broga


     Salam kawan2 semua..apa kata hujung minggu ni jom kita regang sikit otot2 yg dah agak tegang tu. Ingat !! Study2 gak, tp badan dan kepala otak  tu kena rehat gak. Kali ni jom kita pi release tension dan buat aktiviti riadah sikit di Bukit Broga tu.

     Broga atau Beroga ni merupakan sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. So, sapa2 yg berada berdekatan dgn bukit ni, jgn lepaskan peluang ke sana. Rugi giler la sapa yg tak ambik peluang ni. Orang yg dok jauh pun gigih nak ke sana. Apatah lagi bagi org yg dok dekat2 situ..ntah hari-hari nak breakfast di atas bukit tu kot..hehhe

pemandangan sekitar bukit broga yg boleh dilihat dari atas bukit

     Bukit broga ni memang popular dari dulu lagi. Selalu ja aku tengok ada pamphlet @ notice pasal ekspedisi mendaki Bukit Broga. Huhhh..tak tahan, aku ni kan suka sangat2 aktiviti yg macam ni..hati pun dah rasa t’buak-buak sangat nak ke sana.huhu..dan akhirnya…pada 7 April 2012, berjaya jugak aku jejak kaki di Bukit Broga. Besh3

     Bila dah sampai situ, memang puas hati sesangat la..hermm..memang patut pun bukit ni femes sebab bukit ni bukan sebarang bukit. Subhanallah..betapa cantiknya ciptaan Allah ni..tenang sangat dok di situ..Tak pecaya? Ce tengok sendiri gambar ni.

MEMUKAU...inilah persekitaran Bukit Broga

     Oleh sebab terlampau excited nak ke sana, kami pi situ awal pagi lagi..bukan main g, kluar dari rumah pukul 5 pagi..macam tak caya je..bukan senang nak bangun awal2 macam tu..huhu.t'haruu...kluar dari rumah memang la awal, tapi start daki bukit broga ni lepas solat subuh..tunaikan apa yg wajib dlu..baru senang hati...betul tak??heheh


      Bila sampai di kaki bukit, tengok2 ramai giler org yg datang...dah macam ada perhimpunan pape je...rupa2nya sume tu pi daki bukit...heran gak tengok diaorg..tp majority sumenya suka gi situ awal2 pagi coz diaorg nak tengok suasana matahari terbit..memang cantek lah tengok pemandangan ni dari atas bukit...


    Haa..bagi sapa2 yg nak pi atau baru plan nak ke bukit broga, jalan ka,melompat ka, whatever lah, jangan sampai tergelincir suda. Jaga-jaga…keselamatan tetap kena jaga. Laluan di situ agak licin especially bila nak naik ke puncak. Aku mula2 takut gak nak naik sampai atas. Nampak curam len macam je..Nasib baik ada keberanian time tu..walaupun agak terketar-ketar lutut aku masa panjat puncaknya, akhirnya berjaya jugak aku sampai di puncak Broga.fuhhh 



berjaya jugak sampai di puncak...best2


menggigil ckyn..betapa curamnya bila nak turun


otw turun dari bukit broga..Inilah kumpulan pendakian kami..

      Terima kasih bebanyak la kpd kengkawan yg ajak aku ke situ especially to my roomate “ckyn”. Memang BEST & SANTAI pendakian ni. rasa macam nak pi lagi je. Bagi yg belum sampai, moh kita pi ramai-ramai ke BUKIT BROGA... 



Comments

  1. wow!! amboi..gigih dio.. hehehe.. 2taun da teringin nak pegi, xsampai2 agy.. sedih x sedih.. pedih...uhuk

    ReplyDelete
  2. emm,msti la..kita kna gigih ckit dlm bab2 ni..ehee
    ok..lps ni kita g daki sma2 ea..lek2 lu..huhu

    ReplyDelete
  3. memang best broga. lain kali kalau aada program di semenyih, broga dan sekitar silalah menginap di Aznur Homestay@Pelangi Semenyih. Taip Aznur Homestay Semenyih di google, keluarlah. Atau pun wasap 017 6371728

    http://www.blogigo.co.uk/AZNUR_HOMESTAY

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts