WOW...KHEMAH DLM RESORT


        Berkhemah memang xtiviti yg paling best tambah2 lagi b'khemah dlm hutan atau tepi pntai @ sungai..pergh,,ni yg aku paling suka..haa..kalau dah namanya b'khemah, confom2 la tidoq b'alaskan tanah kan..tak dak masa lah nak bawak tilam @bantal..kalau bawak tilam @bantal takde la org panggil b'khemah kan??huhu..tapi yg paling penting ialah jaga keselamatan. lebih2 lagi bila tempat tu tak ada kemudahan asas spt tandas. tempat yg macam ni ramai lah tetamu yg tak di undang contohnya serangga, pijat lintah dan b'macam lah.

       Ok, kali ni aku memang teruja bila tengok topik “khemah dlm resort” yg dipaparkan dlm akhbar berita harian pd 13 Mei 2012. Aku rasa benda ni still baru dan idea ni memang menarik sgt. Ok, firstly meh aku cerita sikit pasal resort ni. Nama resort ni Tanah Aina dan ia terletak di tengah2 hutan di Raub, Pahang. Ini merupakan ilham drpd pemiliknya sndiri iaitu Sharifah Sabrina Syed Agil.

     Resort ni terbahagi kpd 4 produk pelancongan Tanah Aina. Haa..yg uniknya ialah pemiliknya menggunakan  nama anaknya iaitu Tanah Aina Farhana, Tanah Aina Fareena, Tanah Aina Azareena dan Tanah Aina Farouq dgn konsep yg b’lainan. Wow..memang hebat lah..kelas gitu

        “A Journey of Love : Back To Nature” merupakan slogan resort ni. Resort ni memang lokasi percutian menarik especially kpd pencinta alam yg inginkan ketenangan dan ingin menikmati alam yg belum tercemar. ce tengok gambo ni..mesti korang rasa mcm nak pi situ..


suasana sini memang menenangkan..jom pakat2 pi situ..

           Oleh sebab perjalanan ke resort tersebut berliku-liku, pengunjung akan dibawa menaiki kenderaan pacuan empat roda yg disediakan oleh pihak resort. So, selamat la kenderaan kito..heheh

           Benda yg paling mengujakan aku bila tengok gmbar2 dlm website resort ni ialah sebuah khemah yg mampu memuatkan seramai 40org..woww,,tak penah gi jumpa kemah yg camni. Kalau tak pecaya, ce tgok gmbar di bawah ni…pasti korang pun rasa pelik kan walaupun yg sebenarnya memang betul..huhuh    

pergh...kalau tengok dari luar nmpak mcm khemah, masuk dlm je mcm resort plk..wow




          Memang best la tempat camni..dah la zon selesa sgt2 ni..siap ada bantal, katil, sumenya serba lengkap lah..tak payah isau dah walaupun masuk tengah2 hutan ni.  Resort ni menawarkan  keselesaan yg paling maksimum kpd tetamunya. tak rugi la kalau datang sini..

         Bukan tu je, korang juga buleh berenang dan menikmati air terjun semulajadi serta boleh uji kemampuan dan keberanian dgn melompat ke dlm air melalui pelantar setinggi 15kaki..huhhh...memang syiok laaa..b'getar jiwa m'berontak aku nak ke situ..uhuh

inilah gambaran suasana Taman Aina..menarik2

        Pelbagai aktiviti lasak yg korang dpt lakukan di sini. selain meredah hutan ke air terjun adalah merentas sungai, flying fox, 'abseling' dan 'night walk'. menariknya...untuk maklumat lanjut , korang boleh bukak website Taman Aina e2 sendiri di sales@tanah-aina.com ataupun contact di Facebook  www.facebook.com/tanah-aina .




           



Comments

Popular Posts