MOH KITE KE PERAK


PERAK adalah salah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai tarikan pelancongan. Selain keunikan gua serta bukit batu kapur yang ada di sekeliling negeri itu, tarikan lain pun banyak lagi seperti pantai, tasik, hutan, pulau dan tempat2 bersejarah.

Bersempena taun ni tahun melawat Perak, jom kita pi sana...pelbagai destinasi menarik yg ada kat situ. Tak sabaq2 rasanya nak pi Perak lagi. Sebelum tu, moh kita wat servey dulu mana tempat2 yg menarik di negeri ni. Especially tempat yg jarang2 orang tau keistimewaanya..

TAMAN NEGERI ROYAL BELUM

Taman Negeri Royal Belum merupakan hutan dara dan yg paling menariknya ia adalah kawasan hutan simpan yg terbesar di semenanjung. Wow,,memang menakjubkan.. sini juga terdapat pelbagai hidupan liar antaranya spt gajah, badak sumbu, tapir dan harimau. Tempat ni aku tak pernah sampai g..

Rafflesia adalah antara khazanah yg t'dapat
dlm taman ni..memang cantek 

Dua lagi benda yg paling best kat sini ialah kita boleh tengok bunga rafflesia dan pelbagai jenis burung enggang. Kalau dlm hutan yg biasa2 mana ada semua ni. Betul tak??




Mula2 anggapan aku ingatkan tak ada org yg tinggal dlm hutan yg agak tebal nih..rupa2nya ada..dlm hutan ni terdapat perkampungan orang asli iaitu di Sungai Tiang dan Sungai Kejar. Huhh,,memang nyaman hidup diaorang dlm hutan ni..selamat dari pencemaran =)

Info yg korang sume kena tau ialah taman ni lebih tua berbanding Hutan Amazon..mesti korang tak penah tau pasal ni kan??aku pun tak penah tau gak sebelum ni..heheh  


GUA TEMPURUNG

woww..rasa suram je dlm gua tempurung ni..
Gua tempurung ni ialah sebuah gua batu kapur yg terletak di Gopeng. Bentuk gua ni memang sejibik dgn rupa tempurung kelapa. Kalau korang lalu tepi highway tu memang boleh nampak gua ni..memang cantik sangat..mesti ada antara korang dah masuk ke gua ni kan??aku ni tak sampai2 g situ..setakat ni hanya mampu tengok dari jauh je..huhu

Difahamkan gua ini pernah menjadi tempat persembunyian komunis dari 1950-1960.  Selain tu, gua ni jugak merupakan lombong bijih timah dari tahun 1970. Memang banyak sejarah silam di sebalik gua ni..info baru sumenya ni..

SUNGAI KLAH HOT SPRING

pergh,,sodap paneh2 gini..maunya hari2 pi situ..hoho

Tempat ni memang sesuai sgt utk kita pi release tension..tenang je datang tempat ni coz sungai ni sangat cantik dan ia dikelilingi bukit bukau serta gunung yg menghijau. Di sini kita boleh mandi atau berendam di kolam air panas semula jadi dan air air gunung. Kalau pergi bercuti di situ, memang percutian tu merupakan yg paling indah dan menyenagkan..best kan kalau tempat yg mcm ni dok sebelah rumah je kan?? best2, hehe..

PULAU ORANG UTAN, BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT

comeynya...bahagia idop dia.. ;))

Bukit merah ni bukan saja femes dgn taman tema air, malah anda boleh kenal orang utan dgn lebih dekat di situ. Sapa suka org utan?? ce tengok kat atas tu..Ofcos la korang suka kan..so, kalau nak dating ngn org tu boleh la dtg sini..bila2 masa pun buleh..dia sentiasa free..heheh..kalau korang jumpa ngan orang utan mesti akan rasa teruja coz aksi diorang memang menarik perhatian buat semua yg melihatnya. Confom2 t’ubat sgla penyakit di kepala otak tu kan..hahah

Kalau nak pi pulau org utan ni, kita akan naik feri dalam masa 10 minit je dari bukit merah. Katanya orang2 utan di sini datang dari Malaysia dan Indonesia. Kita mestilah sokong diaorg (org utan) coz diaorg kan spesis yg agk terancam dan makin pupus..yuk,,idop ORG UTAN !!! 

PERAK merupakan destinasi yg menarik utk korang gi melawat especially taun ni..jom kita sokong JOM VISIT PERAK !! banyak lagi tempat yg best2 spt Zoo taiping & night safari, lumut, pulau pangkor, dan banyak lagi lah…jom santaii…selamat bercuti kpd sapa2 yg nak gi b’cuti 2 ;) yg penting, jgn lupa bawak balik ole2 wat bagi kat org t’syg ea..heheh



Comments

Popular Posts